Dasar Bayaran Balik dan Pembatalan

🌐 English  |  Bahasa Melayu

Tarikh berkuat kuasa: 13 September 2026

1. Tujuan dan skop

Dasar ini terpakai kepada pembelian sekali sahaja bagi kursus dalam talian Supra Vista melalui Laman Web. Dasar ini menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat kami.

Kami mahu proses ini jelas dan adil. Tiada apa-apa dalam Dasar ini mengehadkan apa-apa hak atau remedi yang tersedia di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau undang-undang lain yang terpakai.

2. Keadaan bayaran balik penuh akan diberikan

Kami akan memberikan bayaran balik penuh jika:

  • anda telah dicaj lebih daripada sekali bagi pembelian yang sama;
  • pembayaran telah diterima tetapi akses tidak dapat diberikan disebabkan oleh kesalahan kami dan kami tidak dapat membetulkan masalah tersebut dalam tempoh yang munasabah;
  • kursus yang dibekalkan berbeza secara material daripada kursus yang dibeli dan kegagalan tersebut tidak dapat dibetulkan dalam tempoh yang munasabah;
  • kami membatalkan kursus atau menarik balik secara kekal bahagian material kursus selepas pembelian tanpa menyediakan alternatif yang setara secara munasabah; atau
  • undang-undang yang terpakai selainnya menghendaki bayaran balik penuh.

3. Pembatalan akses kursus yang belum digunakan atau telah digunakan sebahagiannya

Anda boleh meminta pembatalan dengan menghantar e-mel kepada info@supravista.co. Sila sertakan nama pembeli, e-mel akaun, nombor pesanan, nama kursus dan sebab permintaan. Kami boleh meminta maklumat yang diperlukan secara munasabah untuk mengesahkan akaun dan pembayaran.

Bagi kursus yang belum digunakan atau telah digunakan sebahagiannya, bayaran balik akan dikira seperti berikut:

Amaun yang dibayar ditolak potongan yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.

Jika seksyen 17 Akta Perlindungan Pengguna 1999 terpakai, potongan yang dibenarkan hanya boleh merangkumi amaun yang dibenarkan oleh seksyen tersebut, seperti amaun yang tidak melebihi 5% daripada harga kontrak penuh, nilai perkhidmatan yang telah diterima, dan kos apa-apa barang yang telah digunakan atau disimpan, mengikut mana-mana yang terpakai. Kami tidak akan membuat potongan berganda bagi nilai yang sama.

Demi ketelusan, nilai perkhidmatan kursus mengikut kadar kendiri yang telah diterima biasanya akan dinilai berdasarkan bahagian pelajaran atau unit kursus yang telah diakses, distrim, diselesaikan atau dimuat turun melalui akaun, berserta mana-mana sesi langsung atau perkhidmatan individu yang telah diberikan. Melainkan halaman kursus menetapkan nilai yang berbeza bagi komponen tertentu, pelajaran atau unit kursus akan dianggap mempunyai nilai yang sama. Kami akan mempertimbangkan bukti bahawa sesuatu pelajaran dibuka secara tidak sengaja atau hanya untuk seketika, jika berkenaan.

Jika pengiraan statutori menghasilkan bayaran balik yang lebih tinggi daripada formula lain yang dinyatakan dalam promosi atau terma khusus kursus, hak statutori tersebut akan mengatasi.

4. Bahan yang boleh dimuat turun

Tindakan memuat turun lembaran kerja, panduan prompt atau sumber lain boleh diambil kira semasa menilai bahagian Perkhidmatan yang telah diterima. Sesuatu muat turun tidak secara automatik menyebabkan keseluruhan kursus tidak layak mendapat bayaran balik.

Bahan yang dibekalkan sebagai sebahagian daripada pembelian yang telah dibayar balik tidak boleh terus digunakan, disalin, dikongsi atau diedarkan selepas pembatalan, kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh undang-undang yang terpakai.

5. Permintaan berdasarkan keutamaan atau hasil

Bayaran balik tidak diberikan secara automatik semata-mata kerana pelajar berubah fikiran, tidak menamatkan kursus, memilih gaya pengajaran yang berbeza atau tidak mencapai hasil yang diharapkan. Walau bagaimanapun, kami masih akan menilai sebarang permintaan pematalan di bawah fasal 3 dan menghormati semua hak statutori.

6. Cara dan tempoh bayaran balik dibuat

Setelah diluluskan, bayaran balik akan dibuat kepada kaedah pembayaran asal melainkan kaedah lain diperlukan atau dipersetujui. Kami akan membuat bayaran balik dalam tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang. Jika seksyen 17 Akta Perlindungan Pengguna 1999 terpakai, apa-apa lebihan bayaran yang perlu dibayar balik di bawah seksyen tersebut akan dibayar balik atau disediakan dalam tempoh 14 hari selepas pembatalan.

Bank atau penyedia pembayaran mungkin memerlukan masa tambahan untuk memaparkan bayaran balik dalam akaun anda.

7. Pertikaian pembayaran dan caj balik

Sila hubungi kami terlebih dahulu jika anda tidak mengenali sesuatu caj atau percaya bahawa pembayaran tidak betul supaya kami dapat menyiasatnya dengan segera. Permintaan ini tidak menghalang anda daripada melaksanakan apa-apa hak dengan bank, penyedia pembayaran atau di bawah undang-undang yang terpakai.

8. Hubungi kami

Permintaan bayaran balik dan pertanyaan hendaklah dihantar kepada info@supravista.co.


Scroll to Top